Mesyuarat Pra-Pelaksanaan Penyelenggaraan Secara Komprehensif Bangunan Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

20 Februari 2012 telah dilaksanakan mesyuarat Pra-Pelaksanaan bagi projek perintis BSPN dan JKR Selangor untuk pelaksanaan kontrak kerja penyelenggaraan secara komprehensif. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JKR Selangor,Tn. Ir. Ab. Hamid Bin Md. Daud dan dihadiri oleh pihak pelanggan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian ICT Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tn. Hassan Masrom , pihak kontraktor yang berjaya iaitu Jangka Prestasi Sdn Bhd diketuai oleh Pengurus Fasiliti, En. Mohd Rizaki Toogiman dan pasukan projek JKR Selangor sendiri.


Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan segala isu telah dapat dibincangankan jayanya bagi menjelaskan kaedah pelaksanaan, peranan dan perkara yang perlu dibuat oleh kontraktor Jangka Prestasi Sdn Bhd sebelum memulakan tugasnya pada 1 Mac 2012.